Cara Hebat Berniaga Tanpa Modal

by - 3:52 AM

Bila dengar mempunyai bisnes sendiri, semua akan rasa ianya sesuatu yang gah, memerlukan modal yang banyak. Kalau begitu halnya, orang yang susah, tiada modal untuk memulakan bisnes, takkan selamanya senang la kan?

Siapa kata semua bisnes memerlukan modal? Sebenarnya banyak cara untuk berniaga tanpa menggunakan modal walaupun sesen.

Aidil Omar telah mengongsikan 7 idea hebat bagaimana untuk membina legasi dengan tanpa modal, cuma apabila nama pun berniaga tanpa modal maka usaha pun mestilah seperti perniagaan tanpa modal.

Antara 7 idea hebat tersebut:

1) Ambil upah menulis sesuatu di internet

2) Perniagaan servis menulis ayat jualan

3) Mengambil upah menjawab survey online

4) Perniagaan cetak baju

5) Dropship

6) Affiliate online

7) Tulis ebook!

Namun, apa yang sis ingin kongsikan di sini adalah mengenai DROPSHIP. Kerana ini adalah berdasarkan pengalaman sis sendiri memulakan bisnes 4 tahun yang lalu.

Apa itu dropship? Secara ringkas, dropship adalah sejenis bisnes yang hanya memerlukan usaha untuk mempromosikan produk sahaja. Segala servis packing dan penghantaran akan dilakukan oleh pihak pembekal (agent atau stokis atau HQ). Harga dropship akan diberikan oleh pembekal kepada dropshipper, yakni berbeza dengan harga yang diberikan untuk customer.

Contoh di sini, sejenis skirt bernilai RM80 dijual kepada customer. Harga dropship yang diberikan adalah RM65. Wang pembelian sebanyak RM80 akan di transfer daripada customer kepada dropshipper itu, dan wang dropship bernilai RM65 akan di transfer dari dropshipper kepada pengedar terlibat. Bermakna untung bagi dropshipper itu adalah RM15 untuk setiap skirt yang berjaya dijual kepada customer. 

Bagaimana untuk memulakan bisnes secara DROPSHIP?

Pertama sekali, kamu perlu mencari pembekal yang sah menawarkan servis dropshipping, siasat sama ada mereka mempunyai syarikat yang sah dan telus dalam menjalankan bisnes mereka. Siasat maklumat syarikat penjual, kenal pasti kepakaran dan pengalaman mereka, lihat pada comments atau testimonials dari website atau page penjual tersebut, untuk memastikan mereka mempunyai servis yang bagus dan feedback yang positif dari customer. 










You May Also Like

0 comments