Cara Mendaftar Syarikat Enterprise

by - 4:32 AM

Untuk sesiapa yang bekerja sendiri, seeloknya lebih baik jika kamu mendaftar syarikat Enterprise, bagi memudahkan untuk berurusan dengan bank. 

Nak beli kereta atau rumah pun senang jika dah daftar syarikat Enterprise, seterusnya mendaftar untuk akaun syarikat pula. Sis akan kongsikan di entry lain bagaimana dengan hanya bekerja sendiri dan menggunakan akaun syarikat boleh memudahkan urusan membuat pinjaman untuk pembelian kereta dan rumah. Siapa kata bekerja makan gaji sahaja boleh beli rumah. Kan? 

Okay untuk entry ni, kita fokuskan cara untuk mendaftar syarikat Enterprise. Apa beza syarikat Sdn Bhd dan syarikat Enterprise? Untuk permulaan bisnes, syarikat Enterprise digalakkan kerana modal untuk mendaftar adalah jauh lebih rendah, dan sesiapa sahaja yang berbisnes, boleh mendaftar, walaupun hanya menjual burger di tepi jalan. Syarikat Enterprise ni biasanya dikategorikan kepada 2, sama ada milikan tunggal (perseorangan) ataupun perkongsian (2 atau lebih partner dalam 1 syarikat).

Senang je untuk mendaftar syarikat ni. Bayarannya pun tak sampai RM100! 

Sebelum mendaftar, kamu perlu mengenalpasti pejabat SSM terdekat. Ini link untuk alamat pejabat SSM di seluruh Malaysia bagi memudahkan pencarian. http://www.ssm.com.my/contact-usPilih pejabat SSM yang terdekat dengan alamat rumah atau alamat bisnes kamu.





Apa yang perlu dibawa ke pejabat SSM? Bawa diri dan bawa kad pengenalan (IC). Jika ingin mendaftar syarikat secara perkongsian, sila bawa partner bersama-sama kad pengenalan partner. Bawa juga salinan IC, dan wang tunai dalam RM70 sahaja. Penting di sini, pastikan salinan IC dibawa bersama, kalau tak kamu terpaksa pergi ke hulu ke hilir mencari kedai fotostat, yakni, menyusahkan dan membazir masa.

Bila dah sampai di pejabat SSM, terus ke kaunter pertanyaan dan minta untuk diberikan borang pendaftaran syarikat milikan tunggal atau perkongsian. Untuk memudahkan urusan, kamu boleh download borang secara online terlebih dahulu, isikan semuanya sebelum ke pejabat SSM. Ini link untuk download http://www.ssm.com.my/en/form-public. Pastikan kamu download:

Form PNA.42 - Untuk memohon approval untuk nama bisnes
Form A - Untuk mendaftar syarikat (milikan tunggal / perkongsian)


Setelah selesai, ambil nombor, dan tunggu sehingga giliran dipanggil. Sekiranya nama bisnes kamu tiada masalah, bolehlah membuat pembayaran RM70 untuk nama bisnes menggunakan nama sendiri, dan RM70 untuk nama bisnes yang menggunakan nama selain nama sendiri.

Contoh, nama si polan ialah Ahmad Safwan, dan nama syarikat yang didaftarkan adalah Ahmad Safwan Enterprise, maka yang perlu dibayar adalah RM30 sahaja. Namun, jika nama syarikat yang didaftarkan adalah Fitness Saf Enterprise, maka RM70 jumlah yang perlu dibayar.

Namun, sekiranya nama syarikat yang dipilih mempunyai masalah, yakni nama tersebut sudahpun digunakan, atau nama tersebut tidak diterima oleh pihak SSM, kamu perlu memberikan nama yang lain. Rujuk di kaunter pertanyaan untuk nama syarikat Enterprise yang tidak dibenarkan sebelum mengisi Form PNA.42 untuk memudahkan urusan.

Setelah selesai, kamu perlu menunggu selama satu jam sebelum sijil perniagaan siap. Bolehlah makan di kedai berdekatan atau membaca majalah atau suratkhabar sementara menunggu. Setelah siap sijilnya, nama syarikat kamu akan dipanggil oleh pegawai SSM dan tadaaaa, syarikat sudahpun selamat didaftarkan, dalam masa beberapa jam sahaja!


Mudah kan? Lepas ni, dah boleh mula mendaftar akaun bank syarikat pula. Ada few stuffs need to be done, seperti cop syarikat dan sebagainya. Nanti kita sambung di next entry!

You May Also Like

0 comments