Nak Tau Tips Memulakan Bisnes Online Tak?

by - 2:43 AM

"Saya tengok dah ramai yang dah ade bisnes sendiri, kebanyakkannya bisnes online lah. Ada jugak rasa jealous bila rata-rata yang saya follow di Instagram pun dah dapat beli itu ini, hanya dengan bisnes sahaja. Saya teringin nak jadi macam tu, tapi tak tahu cara."

Ada tak yang mengalami masalah ni? Sis tahu bila kita tengok di Instagram, di Facebook, rata-rata yang berjaya, punyai kereta mewah, rumah, branded handbag, kasut, hampir kesemuanya adalah hasil dari bekerja sendiri yakni bisnes, instead of bekerja makan gaji. Adik-adik di luar sana bila tengok je cara hidup mewah idola mereka di media sosial, automatically mereka sendiri berhajat nak memulakan bisnes sendiri, tapi tak tahu cara.

So, harini sis akan share sedikit tips untuk sesiapa yang mula nak berjinak dengan bisnes, dan fokus utama kita di sini adalah bisnes online. Tips ni adalah hasil dari pengalaman sis sendiri berbisnes online sejak empat tahun lepas secara kecil-kecilan semasa zaman universiti (degree) sehinggalah ke tahap sekarang, alhamdulillah sis tidak perlu bekerja makan gaji walaupun sis sudah punyai Masters Degree in 2016. Additionally, tips ni juga adalah hasil pengalaman rakan-rakan sis yang sudah betul-betul berjaya di dalam bisnes sehingga ada yang sudah menjadi jutawan produk. 


1) Produk

Nak berbisnes mestilah kena ada produk. Kalau takde produk, macam mana nak berbisnes? Kan?
Untuk memulakan bisnes, perkara paling utama adalah minat. Sis galakkan untuk cari produk yang berkaitan dengan minat. Bila kita jual sesuatu yang kita minat, atau kita pakai, biasanya kita akan lebih bersemangat dan seronok.

Contoh, jika kamu memang gemarkan fesyen, kalau tengok orang pakai baju lawa je rasa teringin nak pakai, ataupun bila melihat orang yang memakai baju yang tidak sepatutnya dipakai, kamu teringin untuk menegur atau menukar imej mereka, justeru kamu dikategorikan untuk mencuba bisnes di dalam bidang fesyen ataupun fabrik.

Contoh lain, jika kamu minat mencantikkan diri, suka melihat orang cantik, suka bertanya produk apa yang dipakai idola atau orang yang kamu minat, seeloknya kamu cuba menceburi bisnes berkaitan kosmetik, skincare atau supplements products.

Ada banyak lagi jenis produk, servis, dan bidang bisnes yang boleh diceburi sebagai permulaan bisnes. Contohnya, produk teknologi, gadget, makanan, contact lens, biskut atau kek homemade, doorgift, frozen food, ataupun servis perkhidmatan jahitan, urutan, psikologi, khidmat cuci, dan sebagainya. 

Pengalaman sis empat tahun lepas, sis berniaga produk kosmetik dan supplements, secara DROPSHIP sahaja. Almaklumlah, sis masih belajar, hanya berbekalkan biasiswa JPA dan parents money sahaja, jadi sis rasa tak berbaloi untuk menggunakan modal sendiri untuk berbisnes. Risau dan paranoid jika sis berkemungkinan untuk rugi atau barang tak terjual. Sis mengumpul b beberapa nombor IgShop yang menjual produk yang digemari sis, dan sis cuba contact mereka dan bermulalah bisnes dropship itu. Sis akan terangkan lebih detail pasal dropship ni di lain entry ya. Tapi apa yang sis nak tekankan di sini, daripada dropship, sis dapat mengumpul sehingga beribu ringgit, dan beberapa percent dari hasil tersebut digunakan sebagai modal berniaga, yakni sis menaiktaraf daripada dropship kepada agent. Dari situ juga sis dapat upgrade ke stokis dengan berbekalkan modal sehingga berbelas ribu ringgit. Semuanya hanyalah bermula dari DROPSHIP semata-mata. 

Ingat, untuk permulaan bisnes, kita masih mencari identiti bisnes. So, jangan terlalu memikirkan tentang produk untuk dijual sehingga susah untuk bermula. Paling penting adalah, MULAKAN ! Jika kamu tidak bermula, sampai ke sudah kamu tidak akan tahu tentang bisnes, cara untuk improve, cara untuk mencari demand dari pengguna, dan sebagainya. 


2) Platform

Bila dah tetapkan produk untuk dijual, mestilah kamu akan fikirkan juga di mana untuk menjual produk tersebut, ataupun platform untuk bisnes kamu. 

Contoh 

Irfan Khairi nasihatkan supaya kita bermula dari platform yang kita dah biasa guna.
Contohnya, jika dah selalu guna Instagram, guna platform Instagram dulu sebagai permulaan. 

Manusia ni kebanyakkannya suka terikut-ikut dengan orang lain berbisnes, contohnya punyai website atau blog sendiri, kita tak perlu mencuba benda baru sebagai permulaan. Mulakan dengan platform yang kita paling familiar dahulu. Selepas dah betul-betul stabil dan mula berkembang, boleh lah cuba explore platform lain pula.




3) Modal

4) Marketing (Pemasaran)

5) 

You May Also Like

0 comments